Monday, October 21, 2013

Tolak anugerah tertinggi Israel


KAHERAH - ARAB SAUDI. Ahli keluarga seorang doktor warga Mesir bertindak menolak penghormatan tertinggi yang mahu diberikan Israel pada bulan lalu atas jasanya ketika insiden pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi di Berlin pada 1933-1945.



Mervat Hassan, anak saudara kepada isteri Dr Mohamed Helmy memaklumkan mereka berbesar hati untuk menerima anugerah seumpama itu jika diberikan oleh negara lain.

"Keluarga kami enggan menerima anugerah daripada rejim Zionis. Keputusan ini juga ada kaitan dengan permusuhan berpanjangan antara Mesir dan Israel walaupun kedua-dua negara telah menandatangani perjanjian damai pada 1979," katanya.   

Menurut Mervat, pakciknya hanya menjalankan tugas tanpa mengira bangsa atau agama pesakit ketika insiden didalangi tentera Nazi tersebut.

Dipetik AP, kelmarin, jurucakap Muzium Yad Vashem turut mengkritik keputusan keluarga doktor tersebut yang didakwa kononnya dipengaruhi sentimen politik.

Difahamkan, Helmy yang meninggal dunia pada 1982 ketika berusia 81 tahun pernah melanjutkan pelajaran ke Berlin untuk mendalami ilmu perubatan pada 1922 dan turut berkhidmat sebagai pakar urologi di negara itu hingga 1938.


Sumber : Sinar Harian

No comments: